Bengkel E-Usahawan Bersama Giat Mara Alor Setar
21 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniProgram ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih Giat Mara Alor Setar untuk menjadi seorang bakal usahawan dan dapat menjalankan perniagaan secara atas talian. Antara modul yang dipelajari adalah melibatkan asas keusahawanan, analisis SWOT, rekacipta logo, online marketing menggunakan platform media sosial, teknik pengambilan foto dan penghasilan video produk.
Tenaga pengajar dari Pusat Internet (Maxis) telah memberi latihan dan panduan bagi kemudahan para pelatih untuk menimba pengetahuan sebagai asas dalam menjalankan perniagaan setelah tamat sijil kemahiran kelak.
Program ini adalah program tahunan kerjasama antara Pusat Internet (Maxis) dan Pusat Giat Mara Alor Setar yang mensasarkan latihan kepada pelatih dalam melahirkan usahawan muda yang berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: